follOwers (*_-)

13 February 2012

[Minda Presiden 7] Valentine's Day: Umat hadapi krisis Identiti

Rasulullah S.A.W bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Islam adalah satu din yang bersifat syumul yakni merangkumi keseluruhan urusan hidup manusi.Islam tidak pernah melawan fitrah kehidupan manusia bahkan meraikannya.

Keinginan untuk berkasih sayang adalah fitrah manusia. Tertarik kepada jantina yang berlainan adalah lumrah kehidupan insani. Islam meletakkan panduan dan batasan dalam meraikan fitrah ini.

Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

Ada dalam kalangan umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

Dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M).

Bagi mengagungkan St. Valentine, yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Namun bermula abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'Supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine.

Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Jelas bahawa sejarah Valentine’s Day tidak wujud dalam Islam. Bahkan amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam seta boleh menggugat akidah Islam.

Firman Allah S.W.T:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”.
(Surah al-Isra' : 36)

Remaja di Malaysia amnya dan Mahasiswa Islam khususnya seharusnya meninggalkan sambutan Valentine's Day yang jelas unsur-unsur ritual keagamaan Kristian.

Justeru, sebagai alternatif sebagai umat Islam khususnya remaja dan mahasiswa, marilah sama-sama kita menjadikan setiap hari sebagai hari untuk berkasih sayang bagi meningkatkan ukhuwwah dalam kalangan kita dan mencintai Allah dan Rasulnya serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.


Sabda Rasulullah s.a.w:

"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Hadis riwayat Muslim).



"Bersama Membangun Ummah"



13 Februari 2012

5.30 petang

Sijangkang

3 February 2012

[Minda Presiden 6] Kelahiran Junjungan: Satu sambutan memperingati tugas Dai'e

Saban tahun kita menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Allah SWT menurunkan Al-Quran melalui baginda. Allah SWT menghapuskan jahiliyah melaui baginda. Allah tunjukkan bahawa dalam kalangan ada seorang yang kamu semua mesti ikut dan jadikan idola. Dalam keadaan kita sibuk dengan sambutan Maulidur Rasul, adakah kita ingat akan satu hadis Rasulullah:


“Walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, untuk memaksa aku meninggalkan urusan dakwah ini, nescaya aku tidak akan meninggalkannya. Aku akan meneruskannya sehinggalah Allah s.w.t. memberi kemenangan atau menjadikan aku syahid”


Satu sunnah besar yang rata-rata umat akhir zaman hampir lupakan iaitu berdakwah. Di samping berselawat kepada Saidina Rasulullah, di sana kita punyai tanggungjawab dan amanah yang sangat besar untuk ditunaikan pada saat umat Islam jauh menyimpang daripada ajaran yang diwahyukan kepada Rasulullah.


Amatlah malang nasib ummat jika melaung-laungkan cinta kepada Rasulullah tetapi pentadbiran tidak berteraskan panduan oleh baginda, tidak bersungguh-sungguh dalam mendidik keluarga, masyarakat dan rakyat dengan sunnah Rasulullah.


Sempena Maulidur Rasul 1433H, mewakili Saff Pimpinan PMIUTM, menyeru agar sama-sama kita berselawat kepada Junjungan nabi Muhammad SAW, kita berusaha mempelajari sunnah baginda serta mengamalkannya dan kita sama-sama menyeru keluarga, masyarakat dan rakyat meninggalkan jahiliyyah dan menegakkan yang hak di atas muka bumi Allah SWT.


Firman Allah S.W.T:


“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]


Sabda Rasulullah S.A.W:


“Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]


“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]


“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]



"Bersama Membangun Ummah"


"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"



20 January 2012

UTM tawar pengajian ijazah nuklear

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear mulai September depan, bagi sesi akademik 2012/2013.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ir Zaini Ujang berkata, kursus itu adalah yang pertama ditawarkan di negara ini.

“Kita berharap kursus ini akan mendorong pelajar, memastikan sumber tenaga dapat dipelbagaikan, tidak bergantung pada bahan api, arang batu, minyak dan gas,” katanya selepas majlis serah tugas di Dewan Bangunan Canseleri UTM, dekat sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) Profesor Dr Rose Alinda Alias dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), bagi menggantikan Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang kini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) berkuat kuasa 16 Januari lalu.

Sumber: Sinar Harian