Thanks for your support

30 December 2009

Suara Siswa Menutup Tirai 2009


Salam Mahasiswa.

Semalam rancangan Suara Siswa (SS) di Tv 1 telah menutup tirainya semalam dengan penuh gaya semalam.

Mungkin pelik bagi seorang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia tahun 1 untuk melihat rancangan yang tidak berunsur hiburan pada waktu ramai orang melayari internet dan Facebook di laptop masing-masing.

Ahli-ahli panel yang dijemput semalam tidak kurang hebatnya dimana mereka yang terdiri daripada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa daripada kampus UM, UIAM, UPM dan UiTM diundi melalui Facebook untuk berada di pentas semalam.

Ahli Panel

Semua Ahli Panel yang terlibat dilontarkan soalan-soalan bebas daripada Dr. Fadzley sebagai moderator rancangan SS. Pelbagai tajuk antaranya soal Ekonomi, isu-isu kebajikan mahasiswa, sukan dan pendidikan negara.

Ada antara ahli panel yang dapat menjawab soalan dan menerangkan jawapan dengan penuh fakta dan hujah.

Penulis sangat tertarik dengan cara penerangan daripada saudara Ridhuan, YDP MPMUM tentang ekonomi dan integeriti yang mana ahli panel sebelumnya, YDP MPPUIAM yang disekat daripada menyatakan pendirian beliau.

Namun, saudara ridhuan kelihatan matang dalam isu tersebut yang mana ada menyentuh isu enjin jet yang hilang, PKFZ dan sebagainya.

Cadangan Mahasiswa

Ada cadangan-cadangan daripada ahli panel Suara Siswa yang boleh dipandang oleh kerajaan Malaysia. Antaranya:

  • GST digunakan pakai dalam sistem ekonomi negara
  • Universiti Sukan khas untuk pembangunan sukan negara
  • Mencari pelapis-pelapis baru kepada atlet bukan menumpukan kepada figure sukan yang ada pada masa ini.
  • Cadangan supaya dibenarkan pemain import dalam liga Malayasia ( Boleh meningkatkan skil dan corak pemain-pemain tempatan)
  • Sekolah satu aliran pendidikan
Harapan untuk Suara Siswa

Penulis melihat Suara Siswa agak tenggelam suaranya berbanding dahulu. Terlalu banyak hiburan yang disediakan dalam rancangan sehinggakan mahasiswa tidak dapat menonton wakil mereka berbicara dan berdiskusi.

Jikalau mahu dilakukan begini, wujudkan sahaja Hiburan Siswa bukan Suara Siswa. Hahaha.

Penulis sangat hampa menunggu menunggu daripada awal tahun sehingga akhir tahun suara Mahasiswa UTM berkumandang. Mungkin suara Mahasiswa yang diwakili oleh barisan MPP yang sangat100x mandum dan lesu.

Ingat harapan Mahasiswa dalam pos saya yang sebelum ini. Kita bukan mahu lahirkan pengurus, tetapi kita mahu lahirkan PEMIMPIN!!.

Saya harap pada sesi akan datang, wakil daripada Universiti Teknologi Malaysia dijemput untuk mengutarakan pandangan mereka.

Salam Perubahan.



27 December 2009

Pilihanraya Kampus? - Bila & Harapan Mahasiswa

Bila?

Desas-desus mengenai pilihanraya kampus semakin hangat diperkatan di weblog daripada warga Universiti Teknologi Malaysia dan tidak kurang juga di kampus-kampus utama yang lain.

Penulis mendapat khabar angin pilihanraya akan diadakan serentak di seluruh kampus. Adakah benar perkara ini berlaku dan apakah relevannya?. Mungkin ingin mengelakkan pengundi-pengundi hantu daripada kampus lain?. Haha.

Menurut sumber yang boleh dipercayai daripada kampus UPM,USM, UKM dan UM pilihanraya mereka akan diadakan pada pertengahan Januari. Tetapi berlainan dengan khabar angin yang datang daripada kampus UTM di mana pilihanraya kampus mungkin akan diadakan pada akhir bulan Januari.

Apakah relevannya?. Kampus yang paling awal memulakan sesi pengajian sebaliknya menjadi kampus yang terakhir mengadakan pilihanraya. Satu perkara pelik seperti yang selalu dilakukan pentadbiran UTM.

Pada pandangan penulis, jika pilihanraya UTM diadakan lewat Januari yang mana sangat hampir dengan cuti pertengahan semester 1. Adakah ini juga merupakan stratergi untuk pihak pentadbiran mengelak daripada bantahan dan petisyen pilihanraya kampus yang telah dijalankan?.

Harapan Mahasiswa

Pilihanraya kampus merupakan satu platform untuk mencari pemimpin bukan sekadar mencari pengurus kepada arahan daripada pihak pentadbiran. Penulis amat hampa jika pemimpin mahasiswa yang dilahirkan daripada UTM 'hanya' pandai mengurus. Bahkan lebih parah keadaannya jika mereka yang dipilih sebenarnya mewakili sesetengah pihak (e.g: Pengetua, pentadbiran atau parti-parti tertentu) dan bukan mewakili suara Mahasiswa .

Memetik kata-kata pendapat budayan ternama Rendra tentang perjuangan kebudayaan dalam satu pidatonya. Katanya, “Sekarang sudah saatnya semua pihak menyedari bahawa segala macam revolusi atau reformasi politik akan sia-sia, dan hanya akan menghasilkan penjajahan baru, sebagaimana dilukiskan oleh Che Guevara, apabila tidak diiringi secara bersama dengan perjuangan kebudayaan yang ujung tombaknya adalah pendidikan.

Bagi merealisasikan semuanya itu, yang kita perlukan bukan cuma boss, dan bukan cuma orang besar, tetapi pemimpin yang kompeten, pemimpin yang mampu menepati fungsi human transformer and culture builder, pemimpin pendidik yang mampu melakukan transformasi kemanusiaan dan reformasi kebudayaan.

Mudah-mudahan akan segera terbina kebudayaan baru yang kuat, kebudayaan yang mampu memanusiakan orang kedil, memberdayakan rakyat, dan seterusnya mengangkat martabat bangsa.”
(Rendra. 2000. Rakyat Belum Merdeka: Sebuah Paradigma)

Memilih pemimpin mahasiswa tidak sama dengan pemilihan pengurus CEO syarikat. Ini kerana pemimpin mahasiswa lebih dipertanggungjawabkan ke arah menentukan hala tuju dan survivality ummah pada masa akan datang.

Jika pemimpin-pemimpin yang mahu dihasilkan sikapnya mahu mengkomersialkan sesuatu atau dengan kata mudah suka mengaut keuntungan daripada jawatannya maka rosaklah harapan rakyat, rosaklah harapan ummah secara keseluruhannya. Bukan rakyat diutamakan sebaliknya sebaliknya harta dan kekayaan negara menjadi keutamaan.

Justeru, sama-samalah kita nilai jenis dan attitude apa yang perlu ada pada pemimpin yang mahu kita pilih. Perubahan ke arah yang lebih baik dalam kampus kita amat dialu-alukan oleh Mahasiswa dalam menjadikan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Salam perubahan.
Salam Mahasiswa.

20 December 2009

Blog tidak akan mati- Abu Hassan

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.


sumber:

http://www.harakahdaily.net

17 December 2009

Tahniah & Takziah


"Sesungguhnya kamu lemah. Sesungguhnya (amanah itu) pada Hari Kiamat suatu perkara yang keji dan hina kecuali bagi orang mengambilnya (amanah) dengan Haq dan menunaikan (amanah) yang dipertanggungkan keatasnya"

Sabda yang mudah dan jelas maksudnya daripada Junjungan Besar kita ketika mana sahabatnya yang terkena, Abu Dzar meminta jawatan daripada baginda. Melihat kepada hadis ini, seharusnya kita rasa rasa insaf dan sedar dengan jawatan yang diamanahkan.

Ia bukan satu kemuliaan yang ditanggapi banyak pihak dan bukan juga satu tempat untuk kita mengaut keuntungan serta kesenangan duniawi. Memimpin dan dipimpin merupakan satu tanggungjawab. Ingat, bukan sahaja yang memimpin yang dipertanggungjawabkan tetapi yang dipimpin juga haruslah dipertanggungjawabkan.

Saya amat berasa pelik jika orang merasa gembira dengan jawatan dan amanah yang diberikan. Seronok, bangga, suka-suka. Aduh, amat pelik. Tetapi hati mungkin kata lain. Siapa yang tahu kan?.

Walaubagaimanapun, sekalung tahniah berserta takziah keatas barisan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKMKTC) sesi 2010 termasuk penulis sendiri. Kali jatan yang sama sebelum ini, sejak dari sekolah, Kerohanian.
Saya berharap mendapat tunjuk ajar dan kepercayaan penuh saya daripada JKM KTC, warga KTC serta seluruh warga UTM yang dikasihi sekalian. Terkhirnya, saya berjanji akan berusaha merubah pandangan skeptikal dan sempit sesetengah pihak tentang peranan dan tugas Biro Kerohanian.

Salam Mahasiswa.
Salam Perubahan.

*Jawatan: Ketua Biro Kerohanian JKM KTC.

16 December 2009

Selamat Datang

Salam Perubahan.
Salam Mahasiswa.

Selamat datang kepada seluruh warga kampus Unversiti Teknologi Malaysia sama ada daripada kampus Skudai ataupun International Campus. Kita sangat optimis dan percaya bahawa sahabat-sahabat mahasiswa telah memanfaatkan cuti dengan penuh faedah kepada masyarakat dan diri sendiri. Tidak terlambat di sini saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada yang berjaya dalam akademik pada semester 1 2009/2010 dan bagi yang kurang berjaya mencapai target yang ingin dicapai, tabah dan cekal haruslah disemat di dalam hati agar dapat membawa perubahan pada semester yang akan datang. Mahasiswa sejati adalah mahasiswa yang berani membawa perubahan dan menerima perubahan. Jatuh bangun bangun kita dalam akademik merupakan suatu kenangan yang tidak dapat diungkapan pada hari. Bangkitlah mahasiswa daripada kekalahan sementara anda.

Setakat ini sahaja coretan saya.

Salam Perjuangan.


14 December 2009

Bertukar Tajuk

Salam Perubahan. Setelah beberapa kali memikirkan perubahan yang perubahan dilakukan serta melihat fokus dan obkektif penulisan blog saya, maka saya telah menukarkan nama blog ini daripada "Indahnya Hidup Islam" kepada "SUARA KITA !". Harap Maklum.:.