Nota:1. Penulis mengajak mahasiswa tidak kira kampus mana sekalipun hadir mendengar forum wacana ini.
2. Penganjuran forum ini jelas menunjukkan keterbukaan pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam penganjuran forum yang membicarakan tentang orang muda.
3. Penulisan berharap pada masa akan datang, ada pihak yang sudi menganjurkan program ini samaada MPMUTM, PMIUTM, Pusat Islam UTM, HEP UTM atau lain-lain persatuan yang berkaitan dengan mahasiswa dan yang paling penting pihak pentadbiran mahasiswa dapat menerima dan menggalakkan program-program intelektual seperti yang oleh UIAM.
4. Penulisan teringat semasa biro kendalian penulis (Biro Kerohanian JKMKTC) menganjurkan bedah buku "Politik Baru" karangan Dato' Saifuddin Abdullah, ada suara yang skeptik dengan poltik menyarankan program tersebut dikurangkan publisitinya dan perlu diadakan kertas kerja walhal program tersebut tidaklah sebesar mana dan boleh dikira seperti 'Tazkirah Maghrib'. Mahasiswa dilembapkan keaktivisannya dengan kerenah birokrasi yang basi.
5. Penulis bertegas dengan berharap Universiti Teknologi Malaysia dapat menganjurkan program-program intelektual yang melambangkan keterbukaan universiti seperti yang pernah dicadangkan Dato' Naib Canselor dalam buku tulisannya 'Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan'.

Salam Juang..
2 comments:
salam,nak contact sape kalau nak pegi?
mungkin boleh minta melalui MPMUTM..
Post a Comment