Saya Munzir Bin Musa menawarkan diri sebagai Calon Umum Pemilihan MPMUTM sesi 2010/2011.Biodata:
Lahir pada 11 Julai 1990 di Hospital Besar Tanah Merah.
Merupakan bekas pelajar di;
- Sek. Keb (LKTP) Sungai Koyan (1997-2000), Kuala Lipis, Pahang.
- Sek. Ren. Keb. Sri Suria (2)(2001-2002), Tanah Merah.
- Maahad Muhammadi (lelaki), Kota Bharu, Kelantan (2003-2007).
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2008-2009).
- Sekarang merupakan penuntut tahun dua Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dalam bidang Kejuruteraan (Elektrik).
Pengalaman dalam Kepimpinan:
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG (2008/2009)
• Pengerusi Surau KMPP
• Pengerusi Biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KMPP
• Fasilitator Minggu Orientasi KMPP 2009 & 2010
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (2009-2010)
• Ketua Biro Kerohanian JKMKTC
MANIFESTO:
Kebajikan
- Menggesa supaya Perkhidmatan Pusat Kesihatan UTM diiktiraf piawaian antarabangsa, ISO (International Organization for Standardization).
Intektual
- Memperkasakan Budaya Ilmu dalam universiti dengan melibatkan mahasiswa dalam aktiviti-aktiviti Ilmiah.
- Menyokong penubuhan Parlimen Mahasiswa UTM dan menuntut mahasiswa dijemput bagi merangka parlimen mahasiswa.
Lestari
- Memperkasakan Program Kitar Semula dalam UTM sebgai menyokong usaha ke arah Bumi Hijau yang digagaskan Naib Canselor.
Undilah Calon Pilihan Mahasiswa [X] di tempat-tempat membuang undi di Fakulti anda pada 21 Februari 2011 (Isnin) bermula 9pagi sehingga 5petang.
Salam Perjuangan !
Salam Perjuangan !
2 comments:
Tahniah Munzir.. InsyaAllah,.. kejayaan bersama kita..
harap2 kotakanla ape yg dikate..jgn jd mcm dlu..
Post a Comment