Thanks for your support

31 December 2011

Tragedi Berdarah UPSI: Pendirian PMIUTM

  1. PMIUTM kesal dan marah denganTragedi Berdarah di UPSI, ini merupakan satu kebiadapan dan mencabul demokrasi yang ada didalam negara kita.
  2. PMIUTM bersama dengan semua aktivis BEBAS dan menyokong tindakan mereka berkumpul secara aman dan pilihan untuk berhadapan dengan pihak polis merupakan satu tindakan yang menunjukkan kesungguhan dan keyakinan mereka dalam menuntut kebebasan akademik dan mereka tahu akan hak mereka untuk berkumpul.
  3. PMIUTM akan tunjukkan solidariti dengan bantahan dan bersama dalam memperjuangkan kebebasan akademik.
  4. PMIUTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak POLIS, kami sedar dan percaya dengan tanggungjawab pihak polis untuk menjaga keselamatan, tetapi dengan memukul rakyat sendiri yang hanya berkumpul secara aman, POLIS dilihat sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
  5. Pihak yang terlibat harus bertanggungjawab, pihak POLIS, dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mesti jawap tentang Tragedi Berdarah di UPSI.
  6. Mahasiswa harus menjadikan Tragedi Berdarah UPSI sebagai pemulaan kebangkitan mahasiswa, untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman.

Saff Kepimpinan PMIUTM Johor Bharu



29 December 2011

Tentera Mesir Biadap ! - SIGMA

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu.

Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat, tetapi kini rakyat Mesir bangkit menuntut agar kepimpinan kerajaan kembali ditadbir oleh orang awam dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) segera melepaskan pentadbiran negara.

Tindakan biadap tentera mesir menperlihatkan kepada dunia bahawa mereka ini kejam. Apatah lagi minggu lalu, tiga orang tentera memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan menyeret dia ke bawah jalan Kaherah.

Penghinaan buat wanita

Sinergi Gabungan Mahasiswi (SIGMA) dengan tegasnya menyatakan kecaman dan menyifatkan tindakan tentera tersebut adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan biadap. Ianya memperlihatkan bahawa bukan sahaja wanita itu dibelasah, malah lebih teruk lagi bilamana mengaibkan dan mencabul kehormatannya sebagai seorang wanita. Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. Kaum wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.

Tindakan tentera ‘melukai’ revolusi

Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkan larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak tentera pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu kini secara terbuka menyerang dan menzalimi orang awam,malah tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi. Tindakan demi tindakan yang dilakukan pihak tentera ini tanpa disedari ‘melukai’ revolusi rakyat mesir.

Laungan dunia : Selamatkan wanita

Wanita mampu bangkit berani jika emosinya tercalar. Tarikh 24 disember ini membuktikan tidak mudah bagi wanita untuk kalah dengan keadaan. Sebanyak 10 000 orang wanita Mesir telah turun ke jalanan, dengan lantangnya melaungkan “Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah!”, mereka bangun membantah tindakan zalim dan kejam tentera terhadap aktivis wanita itu.

SIGMA menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita.

Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya.

Selamatkan Wanita!!

Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)

Kronologi Isu Penyenaraian FELDA GLOBAL VANTURE HOLDINGS SDN BHD (FGVH) ke BURSA Malaysia



18 December 2011

Jadual Final Semester 1 2011/2012

  • SEE 3723 3rd Year Laboratory 29/12/11 (9.00am - BKT 3, P16)
  • SEE 3263 Electronic System 04/01/12 (9.00am - Bilik 2, P16)
  • SSE 2193 Engineering Statistics 10/01/12 (2.30pm - MSI)
  • SEE 3423 Power Engineering Fundamental 12/01/12 (2.30pm - Bilik 2, P16)
  • SEE 3113 Control: Analysis & Design 15/01/12 (2.30pm - Bilik 2, P16)
  • SEE 3223 Microprocessor 20/01/12 (9.00am - Bilik 2, P16)

12 December 2011

UTM Persembah Buku Lata "If Al-Asrar Kepada Yang Di-Pertuan Agong


Tuanku Mizan melihat kandungan buku yang dipersembahkan kepada baginda sambil disaksikan oleh Tan Sri Salleh dan Prof. Dr. Zainiy.














KUALA LUMPUR, 12 Disember - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyerah buku karya agung ulama besar alam Melayu mengenai negeri Terangganu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Sabtu lalu.

Buku berjuduk Lata ‘If al-Asrar Li-Ahl Allah al-Atyar karya Profesor Dr. Muhammad Zainiy Usman dan diterbitkan oleh Penerbit UTM Press dipersembahkan oleh Pro Canselor UTM Tan Sri Dr. Salleh Mohd Noor.

Profesor Zainiy yang berkhidmat sebagai Profesor di Pusat Kajian Tinggi Sains, Islam dan Peradaban (CASIS) UTM turut hadir di majlis mempersembahkan buku berkenaan.

Menurutnya, naskhah setebal 884 muka surat itu dipersembahkan kepada baginda sebagai cendera kenangan daripada warga UTM sempena penyempurnaan pemerintahan Tuanku Mizan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13 pada 12 Disember ini.

Disalin daripada Web NewsHub UTM

____________________________________________________________

"Daulat Tuanku"

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Tuanku sepanjang pemerintahan Tuanku Mizan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-13. Tuanku amat mementingkan pembangunan Islam dan bersikap adil dalam banyak tindakan sepanjang pemerintahan. Semoga selepas ini Tuanku dapat memerintah Negeri Terengganu dengan penuh dedikasi.

"Bersama Membangun Ummah"

9 December 2011

Filem Pendek kawasaki9722: Satu Penghinaan Terhadap Hukum Allah

Assalamualaikum, belum pun redha isu dan tohmahan hukum Allah dalam kalangan Ahli politik yang jahil serta ilmuwan yang hilai nilai integeritinya, filem pendek di atas dimuat naik ke laman YouTube dan dibincangkan hangat di laman sosial. Setelah menganalisa beberapa kali kandungan filem pendek ini secara umumnya dilihat:

  • Tidak memahami intipati Maqasid Syariah
  • Meyakini ada hukum yang lebih baik daripada hukum Allah
  • Merpersoalkan hukum & arahan Allah secara jelas
  • Menghina Ulama’ sebagai pewaris Nabi

Justeru:

1) Mengharapkan pengarah dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah swt dan kembali kepangkalan jalan [bahkan pelakon non muslim juga selayaknya tidak menghina agama Islam dan mereka mesti memohon maaf].

2) Mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.

3) Mendoakan agar mereka insaf dan mengalu - alukan bakat seni yang mereka miliki untuk disalurkan kepada pelbagai bentuk karya yang mampu meningkatkan Islam.

Seharusnya kita menjadikan bakat mengarah dan berlakon filem itu ke arah pembikinan filem pendek yang mendidik rakyat agar lahir sebuah generasi yang soleh serta menghormati nilai agama dan ilmu.


"Bersama Membangun Ummah"


7 December 2011

[Minda Presiden 5] Final Exam: Bersedialah dalam Sakinah

Firman Allah S.W.T:

"dan Allah keluarkan kamu daripada perut ibu-ibu kamu, dengan keadaan kamu tidak mengetauhi sesuatu, dan Dia adakan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, supaya kamu menjadi orang yang bersyukur."

(Surah al-Nahl:Ayat 78)

Pejam, celik, pejam, celik kita sudah tiba ke minggu yang ke 13 dalam tempoh pengajian kita dalam semester 1 sesi 2011/2012 di Universiti Teknologi Malaysia ini. Terasa sebentar sahaja masa berlalu dan sekarang kita bakal menghampiri Peperiksaan Akhir semester. Sudah pasti pelbagai persediaan yang sudah mula dilakukan bagi menempah kejayaan dalam semester ini.


Beberapa perkara yang saya ingin pesan kepada diri saya dan rakan-rakan mahasiswa sekalian sebelum kita menempuh musim peperiksaan bagi menjadikan kejayaan kita adalah kejayaan yang ada nilainya di sisi Allah SWT.


Tawakkal yang tinggi kepada Allah


Ilmu yang bermanafaat ialah ilmu yang menjurus ke arah melakukan ibadah kepada Allah S.W.T., mengikut pengertian ibadah yang menyeluruh, sepertimana yang diperjelaskan oleh Allah S.W.T.:

Firman Allah S.W.T.:


Terjemahan:

"Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah al-An'am: 162/163)


Biasalah bila mana peperiksaan semakin hampir kita akan merasa tertekan dengan subjek peperiksaan yang bakal kita hadapi. Di sinilah tawakkal kita kepada Allah diuji. Ia akan menguji niat kita belajar Ilmu dan sebagainya. Penggantungan yang sangat tinggi sangat diperlukan ketika ini:


"sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Thalaq: 2/3)


Penggantungan kepada Allah yang tinggi akan menghasilkan sakinah (ketenangan) dalam pembelajaran. Kegusaran dapat dapat dirungkaikan bila kita percaya bahawa Allah sahajalah yang hakikatnya mengurniakan kepada kita kejayaan. Kita hanya berusaha yang mana usaha ini tidak memberi bekas pun terhadap kejayaan dan kegagalan yang dirasakan.


Jauhi Maksiat


Dalam keadaan yang penuh himpitan masa, kerja, subjek, silibus, makmal dan sebagainya pada ketika inilah waktu dan peluang yang berharga untuk syaitan menghasut manusia ke lembah maksiat.


Firman Allah SWT :

إن يدعون من دونه إلا إنثا وإن يدعون إلا شيطانا مريدا لعنه الله وقال لأتخذن من عبادك مفروضا ولأضلنهم ولأمنينهم ولأمرنهم فليبتكن ءاذان الأنعم ولأمرنهم فليغيرن خلق الله ومن يتخذ الشيطان وليا من دون الله فقد خسر خسرانا مبينا يعدهم ويمنيهم وما يعدهم الشيطان إلا غرورا .


"Apa Yang mereka sembah Yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku)."Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." (An-Nisaa’ 117-120)


Maka kita sentiasa berwaspada dengan segala tingkah laku kita agar tidak dipengaruhi oleh iblis dan syaitan laknatullah. Sebagai seorang ilmuwan kita seharusnya menjauhi maksiat kepada Allah S.W.T.


Imam Syafie Rahimahullah pernah berkata:


"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat"


Rakan-rakan serta teman-teman sekalian sedarlah bahawa maksiat menutup hati kita daripada menerima ilmu Allah S.W.T. Ilmu atau kejayaan yang diperolehi dalam keadaan maksiat itu bukanlah sebenarnya kejayaan di sisi Allah S.W.T. Ia merupakan istidraj yakni pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.


Rasullulah S.A.W bersabda

”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Banyakkan Berdoa


Firman Allah:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

(Surah Al-Mu'min: 60)

Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin. Allah S.W.T memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya berdoa dan memohon kepada-Nya. Di samping itu pula, Rasulullah S.A.W sendiri berpesan supaya kita berdoa bersungguh-sungguh. Berdoa itu adalah merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah S.W.T dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W bersabda:


"Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya." (Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).

Antara adab-adab berdoa yang boleh diamalkan:


Pertama: Berwuduk dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah Subhanahu Wataala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Kedua: Berdoa mengadap kiblat dan mengangkat dua tangan dan menyapukan kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.


Ketiga: Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.


Keempat: Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara serta diiringi dengan perasaan takut akan azab Allah Subhanahu Wataala dan penuh harapan dengan limpah kurnia-Nya.


Kelima: Memastikan sumber rezeki seperti makanan, minuman dan pakaian adalah daripada yang halal.


Keenam: Apabila berdoa adalah afdal mengulang-ulang doa tiga kali dan tidak berputus asa serta jangan cepat menganggap doa tidak dimakbulkan.


Ketujuh: Janganlah berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil. Adalah lebih utama berdoa dengan doa-doa yang masyhur yang datang daripada Al-Quran, sunnah dan para sahabat.


Kelapan: Doa-doa tersebut juga hendaklah bersifat umum, menyeluruh dan padat. Doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ialah yang bermaksud:


"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada api Neraka."


Rakan-rakan sekalian, perbanyakkaknlah doa kerana ia merupakan tanda tawakkal kita kepada Allah yang merupakan pencipta kita. Dia yang mengurniakan kepada kita kejayaan dan Dia jugalah yang mengurniakan kepada kita kegagalan. Ayuh beringat-ingatlah sesama kita. Bersedialah menghadapi peperiksaan akhir yang bakal tiba. Semoga Berjaya.


"Bersama Membangun Ummah"


1 December 2011

[Minda Presiden 4] Ad-Din Nasihah: Kenapa Salahkan Kerja Dakwah?

Salam Perubahan.

Bersyukur kepada kerana saya punya masa dan kudrat untuk menulis pada kali ini. Walau sibuk tidaklah seperti Nabi Sulaiman A.S, kerana kerana kurang kekuatan dalaman sedikit sebanyak mempengaruhi diri ini.

Pada coretan kali ini saya ingin menerangkan tentang konsep berkerja khususnya dalam berdakwah.

Kita selalu mengadu sibuk sana sini, tapi sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Hanya emosional ketika berhadapan dengan masalah dan tekanan akan menyebabkan kita selalu mnjadi tertekan dengan kerja kita.

Kita selalu mendengar alasan seperti ini daripada sesetengah ahli gerakan:

  • "Ana sibuklah, banyak program minggu ni, sorila tak sempat tu"
  • "Ana ada test minggu depan, enta kena fahamla, nanti akademik ana jatuh nanti jadi fitnah, enta nak bertanggungjawab??".
  • "Ana fahamlah, kenapa ana perlu jadi ni??",
  • "Ana dah down dari awal lagi masa nak pegang jawatan ni"
  • "Sape suruh ana jadi??"
  • "Tak tahan la ana, ingat ana suka ke buat kerja-kerja macam ni??"

Sebagai mahasiswa Islam sepatutnya kerja-kerja dakwah tidaklah menjadi sesibuk Perdana Menteri & menteri besar. Sebagai mahasiswa Islam juga kena ingat bukan kita sahaja yang ada Test dan Quiz. Sebagai mahasiswa Islam juga kena ingat bahawa dakwah bukanlah suatu penderaan. Sebagai mahasiswa Islam juga kita harus berusaha menjadi contoh dari semua susut kepada mahasiswa yang lain.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya sebaik-baik orang yang boleh ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".

-Surah Al-Qasas : 26-

Berdasarkan pemerhatian secara rambang setelah bergerak dan bekerja dalam dakwah, dakwah boleh dikelasifikasikan kepada:

1. Dakwah Outside-In:

Antara faktor-faktor dakwah ini ialah:

  • Trend: dakwah seperti adalah kerana terpengaruh dengan rakan dan isu pada zaman tersebut. Tapi yakinlah dakwah seperti ini akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Terutamanya ketika dihimpit masalah dan tekan serta memburukkan adalah menyalahkan dakwah yang dilakukan selama ini.
  • Bi'ah (Keadaan atau suasana): Keadaan zon 'selesa' selalu menyebabkan keadaan seperti ini. Contoh: Seseorang yang lahir atau keluar daripada zon 'selesa' ini akan bertemu dengan zon 'perit' dan menyebabkan mereka cultural shock dan mahukan perubahan secar drastik dan paradigma. Dakwah seperti ini akan menyebabkan risiko berlaku fenomena 'futur' jika matlamat tidak tercapai.
  • Wajib: Mereka hanya memahami dakwah dari sudut wajibnya dakwah itu. Tidak lebih daripada itu. Ini akan menyebabkan dakwah seperti melepaskan batuk di tangga, tidak perogresif dan tidak kasar jika dikatakan hanya penambah kepada keisalaman.

Kesan-kesan Dakwah Outside-In

  • Dakwah terasa berat
  • Dakwah tidak natural
  • Dakwah pasang surut

2. Dakwah Inside-Out;

  • Keperluan: Mereka akan menganggap dakwah sebagai suatu keperluan sebelum kewajipan. Sepertimana perjuangan sahabat berdakwah kepada saudara-mara mereka sebelum turunnya dalil menyatakan dakwah adalah wajib.

  • Keseronokan: Suatu kesoronokan melakukan dakwah. Bukan sebagai aktiviti yang menyebabkan tekanan mental.
  • Mengaggap dakwah sebagai semulajadi sebahagian daripada keseluruhan Islam.

Kesan-kesan Dakwah Inside-Out

  • Dakwah dengan penuh keghairahan tapi bukan bermaksud over atau istilah poularnya "syadid". Mesti menjadikan dakwah seperti "The Burning Desire". Menjadi satu perkara yang sepatutnya ada pada diri seorang pendakwah.

Penutup

Saya merasa sangat perlu untuk semua ahli dakwah meamahami konsep berdakwah yang sebenarnya. Sahabat-sahabat dan akh-akhawat semua boleh baca buku "Apa Ertinya Saya Mneggabungkan diri Dengan Dakwah" karangan Syeikh Muhammad Abduh terbitan PMRAM untuk menghayati konsep dakwah yang sebenarnya. Saya suka merujuk kepada tagline blog saya yang jelas menerangkan konsep dakwah Inside-Out:

"Tegakkanlah negara Islam dalam hati kamu, nescaya ia akan tegak berdiri di atas bumi negara kamu"

Abnaul Harakah sekalian, ayuhlah kita tambah Ilmu. kerana kefahaman tidak akan terbina tanpa Ilmu. Banyakkan membaca kerana buku merupakan jambatan ilmu pengetahuan.

-Ringkas pada pagi ini-

"Bersama Membangun Ummah"

Tulisan ini disunting daripada satu artikel daripada www.munzirblog.com

[Minda Presiden 3] ISMP: Solidariti untuk Mahasiswa Pendidik

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."

-Surah an-Nisa': 58-


Allah Subhanahu wata'la telah mengingatkan kepada makhluknya khususnya kepada pemegang amanah di muka bumi Allah ini khususnya manusia agar bertindak adil dalam berurusan sesama manusia. Kerajaan di muka bumi Allah ini bukan hak mutlak atau hak eksklusif kepada mana-mana pemimpin atau parti di dalamnya. Mereka sebenarnya adalah merupakan pemegang amanah daripada Allah Subhanahu wata'la. Justeru, peraturan, arahan, nasihat dan hukum daripada Alllah haruslah dipatuhi.


Kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yasin mengumumkan bahawa tiada lagi jaminan penempatan graduan ISMP yang tidak ditaja KPM pada 30 Oktober 2011 haruslah selari dengan perintah Allah supaya berlaku adil.


Tan Sri turut menyatakan keutamaan akan diberikan kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) akan dibuat setelah selesai penempatan oleh GSTT dan KPLI.


Nasib graduan ISMP seperti dianak tiri, dalam masa yang sama sejumlah 13000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang tamat pengajiannya pada 2011 ini.


Pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut.


Kebanyakan graduan ISMP yang tidak ditaja KPM adalah peminjam Pebadanan Tabung Pengdidikan Tinggi Negara (PTPTN). Kegagalan garaduan ditempatkan juga menyebabkan mereka terus terbeban untuk membayar wang pinjaman PTPTN. Justeru, ini sangat menzalimkan dan membebankan rakyat khususnya mahasiswa.


Kita lihat dan hayati peranan yang sepatutnya dimainkan sebagai seorang pemimpin dalam surat Imam Hassan Basri kepada Khalifah Umar Abdul Aziz:


"Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan pemimpin negara yang adil itu sebagai tunggak yang menahan sesuatu supaya tidak condong. Ia menjadi sumber rujukan kepada apa yang dirancang, memperbaiki setiap yang buruk, memperkuatkan yang lemah dan mengembalikan kepada yang dizalimi.


Wahai Amirul Mukminin, pemimpin yang adil itu umpama seorang ayah yang penyayang terhadap anaknya, berusaha untuk menjamin kehidupan yang baik dan mengajarnya sehingga besar, berusaha untuk kebaikannya di masa ayah itu masih hidup dan menjamin kebaikan setelah ayah itu meninggal dunia..."


Itulah antara tamsilan dan nasihat yang dinyatakan tentang pemimpin yang adil dalam surat Imam Hassan Basri kepada Umar Abdul Aziz.


Keadilan Harus ditegakkan


Keadilan hanya dapat ditegakkan dengan terhapusnya kezaliman. Mahasiswa Islam khususnya mahasiswa ISMP harus sedar akan hak mereka. Kita seharusnya memperjuangkan agar hak dan keadilan dapat ditegakkan di atas muka bumi Allah ini.


Firman Allah Subhanahu wata'la dalam surah ar-R'ad:


"bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

-Surah Ar-R'ad: 11-


Sikap tidak endah dengan hak kezaliman akan merugikan ummah dan bakal membangsatkan lagi nasib generasi pada akan datang.


Jangan Redha dengan Kezaliman


Daripada Sirah Nabawi, kita lihat urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian Fudhul dimeterai untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang-orang asing yang berurusan di Kota Makkah .

Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .


Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian ( Fudhul ) yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .


-Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.


Perjanjian ( tahaaluf ) ini melibatkan Bani Hasyim , Bani Mutalib , Asad bin Abdul Uzza , Zuhrah bin Kilab dan Taim bin Murrah . Mereka menamakan perjanjian ini sebagai Hilful Fudhul.


Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .


Si Badwi ini mengadu kepada beberapa kabilah seperti Makhzum , Abd daar dan A'di bin Kaab tetapi mereka menolak untuk membantu malah lelaki Badwi ini diherdik . Lalu Badwi ini akhirnya nekad memanjat Bukit Qubais sewaktu matahari mula muncul sementara orang - orang Quraisy sedang berhimpun dihadapan Kaabah lantar ia berteriak :

Wahai golongan yang menyaksikan orang yang dizalimi hartanya di Kota Makkah , ia datang dari kampung halaman yang jauh . Orang - orang ihram dengan kusut , belum menyempurnakan umrahnya . Wahai orang yang sedang berkumpul di Hijr Ismail dan Hajar aswad . Sesungguhnya Tanah Haram hanya diduduki oleh orang terhormat dan tidaklah layak tanah haram ini didiami oleh orang - orang yang selalu berbuat dosa .


Setelah mendengar ucapan tersebut , Zubair Abdul Mutallib bangun lantas berkata : Perkara ini tidak boleh dibiarkan , lalu mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an dan memeterikan satu perjanjian untuk membasmi kezaliman.


Jangan sesekali dalam kalangan umat Islam ada perasaan redha terhadap kezaliman yang dilakukan oleh orang lain. Allah Subhanahu wa'taala telah berfirman:


"dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

-Surah Hud: 113-



Solidariti untuk Mahasiswa Pendidik


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk pada jalanNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

- Surah as-Saff:4 -


Ketumbukan suara yang mahukan keadilan lebih memberi kesan berbanding berjuang melalui suara individu. Solidariti untuk mahasiwa ISMP bukan untuk mahasiswa ISMP semata-mata tetapi untuk saudara-saudara kita di seluruh negara dan paling penting untuk masa depan anak-anak kita. Mahasiswa Islam seharusnya bangkit bersama-sama menegakkan keadilan. Jelas sekarang pelbagai isu pendidikan yang jika dibiarkan kepada tangan-tangan yang berkepentingan menetukannay pasti menggadaikan masa depan anak kita. Ayuh mahasiswa, bangkitlah !